Friday, July 8, 2011

Kelebihan Besar Punggung


Memiliki bokong besar bukan sekadar memaparkan kesan seksi. Studi terbaru mengungkap, timbunan lemak di bahagian punggung dan paha boleh meningkatkan harapan hidup pemiliknya.

Melalui kajian yang dilakukan sejumlah pakar kesihatan dari Mayo Clinic, di Rochester, Minnesota, lemak yang terkumpul di bokong dan pangkal kaki bahagian atas justru mengurangkan risiko penyakit jantung, stroke, dan diabetes. Tidak seperti lemak di perut yang meningkatkan risiko tiga penyakit tersebut.

Tim peneliti yang dipimpin Dr Michael Jensen melibatkan 28 lelaki dan wanita sebagai peserta. Selama lapan minggu, mereka memberi layanan dan pola makan yang sama terhadap semua peserta. Mereka ingin melihat pertumbuhan lemak ditubuh para peserta.

Majoriti peserta mempunyai lemak sekitar 2,45 kg di bahagian tubuh atas seperti perut dan dada. Sementara di bahagian tubuh bawah seperti punggung, pinggul, dan paha sekitar 1,5 kg. Pengukuran ini dilakukan sebelum dan selepas 'masa kuarantin'.

Dalam penelitian terungkap, ada perbezaan sel-sel lemak yang melilit bahagian tubuh atas dan bawah. Sel-sel lemak di bahagian tubuh bawah mengandungi agen anti-inflamasi semulajadi yang boleh menghentikan penyumbatan arteri.

Seperti dikutip dari Daily Mail, Jensen berkata, penemuan ini menantangnya untuk mencari cara meningkatkan pengeluaran lemak di bahagian tubuh bahagian bawah tanpa menambah timbunan lemak di bahagian tubuh bahagian atas. "Ini penting untuk membentuk perlindungan tubuh dan membantu mencegah penyakit."

Penemuan yang diterbitkan pada Proceedings of the National Academy of Sciencesmungkin boleh menjelaskan manfaat memiliki tubuh berbentuk buah pir.

sumber: 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...